Peluang karier perguruan buat lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

Iklan
Calon terpilih dilatih di IPGM dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif memperluas pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti latihan pra perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran tersebut membabitkan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi mulai ambilan tahun 2024.

Iklan
Iklan

"Ini adalah untuk membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru memohon kemasukan ke program PISMP," menurut KPM pada Sabtu.

KPM menjelaskan, tawaran itu juga untuk memastikan calon terbaik dapat dipilih bagi mengikuti program tersebut.

Iklan

"Calon yang terpilih akan dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun," katanya.

Inisiatif itu juga membuktikan komitmen berterusan KPM dalam menangani isu kekurangan guru, selain memastikan kualiti calon guru terbaik menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara.

Iklan