Tangguh aktiviti luar bilik darjah, merentas desa sepanjang cuaca panas - JPNT

Iklan
JPNT mengarahkan sekolah menangguhkan aktiviti luar bilik darjah dan merentas desa pada masa ini berikutan cuaca panas.

"Tangguh dahulu aktiviti luar bilik darjah termasuk merentas desa berikutan musim cuaca panas," tegas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Menurut beliau, semua sekolah perlu mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memaklumkan agar tiada sebarang aktiviti luar bilik darjah dilakukan apabila suhu mencapai 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

Iklan
Iklan

"Semua pegawai pendidikan daerah di negeri ini telah diingatkan agar memastikan semua sekolah mematuhi garis panduan terbabit bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti strok haba.

"Malah, kami (JPNT) sentiasa memberi perhatian serius kepada isu kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya dalam keadaan cuaca panas yang melanda negara," ujarnya.

Iklan

Jelani mengulas tentang rungutan ibu bapa yang mendakwa sebuah sekolah menengah di Marang, Terengganu, merancang mengadakan aktiviti merentas desa minggu ini, walaupun dalam cuaca panas.