Taylor's University duduki peringkat global untuk 17 program

Iklan
Taylor's University terus mencipta kejayaan demi kejayaan menerusi komitmen luar biasa warga kampus. Gambar kecil, Barry Winn.

Taylor's University memaklumkan usaha kecemerlangan akademik institusi itu telah mencapai tonggak bersejarah dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2024.

Ia telah meraih kejayaan luar biasa menerusi 17 subjek menduduki peringkat global dengan empat subjek daripadanya berada di peringkat Top 100 dunia, bagi tahun ini.

Iklan
Iklan

Setelah mencapai posisi dalam Top 20 Universiti Terbaik Dunia untuk subjek Pengurusan Hospitaliti & Rekreasi selama enam tahun berturut-turut, Taylor's University kini memperoleh pencapaian penting lain dengan subjek Pemasaran yang mencapai kedudukan dalam Top 50 Dunia.

Selain dari subjek Pengajian Perniagaan & Pengurusan yang terkenal, pencapaian baru-baru ini turut mengukuhkan Pusat Pengajian Perniagaan Taylor’s sebagai universiti perniagaan swasta terunggul di Asia Tenggara, dengan meraih pengiktirafan dari Association to Advance Collegiate Schools of Business International (AACSB).

Iklan

Pusat Pengajian Perniagaan Taylor’s terkenal sebagai salah satu dari lima universiti swasta di Malaysia yang mencapai pengiktirafan ini, satu pengiktirafan berprestij yang hanya dipegang oleh enam peratus sekolah perniagaan di seluruh dunia.

Bidang lain yang mencatat pencapaian penting termasuk #51 - 70 untuk Sains Data dan Kecerdasan Buatan; #51 - 100 untuk Seni dan Reka Bentuk; #101 - 150 untuk Perakaunan dan Kewangan serta Senibina dan Alam Bina; #151 - 200 untuk Ekonomi dan Ekonometrik serta Sosiologi dan #169 untuk Subjek Luas Sains Sosial & Pengurusan.

Iklan

Seterusnya, #228 untuk Subjek Luas Kesenian & Kemanusiaan; #201 - 250 untuk Komunikasi & Pengajian Media serta Farmasi & Farmakologi; #301 - 350 untuk Sistem Maklumat & Sains Komputer; #401 - 450 untuk Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan #451 - 500 untuk Subjek Luas Kejuruteraan & Teknologi serta Perubatan.

Sementara itu, Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Profesor Barry Winn berkata, kejayaan tersebut adalah bukti komitmen teguh universiti kepada keunggulan pengajaran dan komuniti pembelajaran yang menyokongnya.

"Penyertaan 17 subjek dalam penarafan ini menunjukkan rentetan dan kedalaman keunggulan di seluruh tawaran akademik kami.

"Kejayaan ini tidak hanya menunjukkan kemampuan kami untuk cemerlang dalam pelbagai disiplin tetapi juga menegaskan komitmen kami untuk menyediakan pendidikan holistik dan bertaraf tinggi kepada mahasiswa sekali gus mempersiapkan mereka untuk kejayaan dalam kerjaya dan masa depan," katanya.