Ikuti ucapan Salam Lebaran daripada mahasiswa Malaysia yang kini melanjutkan pengajian di luar negara
1)"Salam Aidilfitri kepada keluarga dan rakan-rakan tercinta di Malaysia dan serata dunia. Teruskanlah bersederhana dalam menyambutnya.” - Mahasiswa Bachelor of Commerce (Accounting & Management), University of Melbourne, Australia, Farid Roslan, 22.
2)"Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada ahli keluarga yang disayangi. Meskipun sudah dua tahun tidak bersua, anakanda di sini tetap merasai kasih sayang daripada kalian kerana ia tidak perlu bersyarat, biarpun jauh di mata namun dekat di hati.” - Mahasiswa Bachelor of Commerce (Finance & Management), University of Melbourne, Australia, Najihah Najid, 22.
3)"Salam lebaran buat sanak saudara yang jauh di mata, namun sentiasa dekat di hati. Fi Amanillah semuanya!” - Mahasiswa Bachelor of Commerce (Finance), University of Melbourne, Australia, Siti Aisyah Baharom, 22.
4)"Selamat hari raya dari Melbourne! Maaf zahir dan batin. Semoga kebahagiaan, keberkatan dan keharmonian menghiasi rumah dan keluarga anda.” - Graduan Bachelor of Commerce and Bachelor of Music, Monash University, Australia, Yii Ying Tan, 28.