Sparks Of Hope bantu gelandangan

Iklan
400 kit kebersihan dan barangan keperluan serta 100 pek makanan diagihkan kepada gelandangan menerusi program Sparks Of Hope.

Baru-baru ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di sekitar Chow Kit dan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Program yang dikenali sebagai Sparks Of Hope bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan komuniti setempat.

Iklan
Iklan

Ia juga berobjetif membantu dan menanam sikap empati terhadap komuniti gelandangan di samping memperoleh pengalaman berharga bersama mereka.

Menurut Pengarah program, Sudhani Teh Zhi Hui, sebanyak 400 kit kebersihan dan barangan keperluan serta 100 pek makanan telah disalurkan kepada golongan gelandangan.

Iklan

"Selain agihan bantuan, beberapa aktiviti lain turut diadakan dalam Sparks Of Hope seperti teknik refleksologi kaki, sesi perapian diri melalui program From Hairrific To Terrific dan perkhidmatan gunting rambut secara percuma

"Kesemua program ini selari dengan objektif Semarak Siswa Madani Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menekankan usaha sama antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan industri tempatan untuk pengukuhan ilmu terhadap komuniti dan industri di Malaysia,” katanya.

Iklan

Terdahulu, Sparks Of Hope mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi iaitu Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia, MR. D.I.Y (M) Berhad, Produx Pro Sdn Bhd dan Pertubuhan Ar-Riqab Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengetua Kolej Harun Aminurrashid UPSI, Dr Che Anuar Che Abdullah berkata, UPSI sentiasa komited membawa perpaduan bersama dengan komuniti.

"UPSI sebagai Universiti Kebitaraan Pendidikan sentiasa membuka minda dan peluang kepada mahasiswa untuk bertindak secara inovatif dan berinisiatif dalam memberikan manfaat bagi menolong golongan kurang bernasib baik ini.

"Program ini membangun nilai positif dalam diri sekali gus membawa manfaat untuk merasai kebersamaan dengan komuniti” katanya.