LASAK 2.0 latih peserta dengan asas sukarelawan

Iklan
Peserta mengikuti aktiviti disediakan menerusi LASAK 2.0.

Program Latihan Asas Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) (LASAK) 2.0 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT), Jengka, Pahang, baru-baru ini.

Ia disertai 35 pelajar dan lima kakitangan Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak serta 10 pimpinan pasukan sukarelawan Yadim, Pahang.

Iklan
Iklan

LASAK 2.0 dirasmikan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti, Hafsah Hashim.

Turut hadir, Pengarah Yadim Pahang, Alwi Muda; Pegawai Waran 2 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Fauzi Abu Seman dan Ketua Koordinator Sukarelawan Yadim, PUO, Mohd Rosdi Ripin.

Iklan

Sepanjang dua hari program berlangsung, pelbagai pengisian aktiviti menarik disediakan kepada peserta.

Antaranya, latihan kawad asas, demonstrasi dan praktikal bantuan kecemasan seperti cara rawatan tersedak, bantuan pernafasan kecemasan, rawatan kepatahan serta ikatan anduh.

Iklan

Seterusnya, diadakan slot khas iaitu Sukarelawan dan Masyarakat yang disampaikan Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yadim, Ahmad Saparudin Yusup sekali gus merasmikan majlis penutup LASAK 2.0.