JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut

Iklan
Rahmad

Kerajaan negeri (Melaka) menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, usaha itu kini dalam perbincangan akhir bersama pihak swasta dan dijangka bermula Julai ini.

Iklan
Iklan

"Selain menghafal al-Quran, pada masa yang sama mereka juga akan diberi peluang mengambil lesen menyelam rekreasi serta profesional yang boleh digunakan untuk kerjaya di lapangan bersesuaian pada masa akan datang.

"Sebagai permulaan kita akan mengambil 60 hingga 80 pelajar dan kita percaya Pusat Tahfiz TVET ini adalah yang pertama di Malaysia yang menawarkan kursus tersebut," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilifitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek yang turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. - Bernama

Iklan