Anugerah Grand Prix, lapan 'tempat pertama' milik Malaysia

Iklan
Antara anugerah yang dimenangi Malaysia dalam International Art Festival And Competition Cup Of Caucasus 2024.

Pasukan Malaysia yang terdiri dalam kalangan pelajar dan mahasiswa mencipta sejarah apabila merangkul anugerah Grand Prix (GP) dan lapan 'tempat pertama' dalam kategori dipertandingkan sempena International Art Festival And Competition Cup Of Caucasus 2024 di Tiblisi Georgia.

Mereka yang terlibat adalah seramai 35 peserta dari pelbagai sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 3; SK Putrajaya Presint 9 (2); Brainy Bunch International School; Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Alam Megah 2; SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara; SMK Seksyen 9 dan SMK USJ 23.

Iklan
Iklan

Turut serta pelajar dari SMK Jalan 3; SMK Putrajaya Presint 9(1); SMK Putrajaya Presint 9 (2), Kolej Tunku Kurshiah; Sekolah Tun Fatimah; Sekolah Seni Malaysia Johor, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER); Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).



Program yang turut disokong Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga disertai beberapa wakil negara bagi mengiringi kontinjen Malaysia.

Iklan

Pengiring pasukan Malaysia ini terdiri daripada Pengetua SMK Alam Megah 2, Cikgu Siti Dewi Marsitah Ismail selaku ketua kontinjen; Penolong Pengarah BSKK, Sanoyah Yusof (pengurus pasukan); guru SK Dengkil, Cikgu Reza Felaqiz Shauri (koreografer) dan wakil Aida Syakira Entertainment, Aida Syakira Amir Sham.



Di sini, Sinar Bestari senaraikan kategori dan anugerah yang dirangkul pasukan Malaysia dalam International Art Festival And Competition Cup Of Caucasus 2024.

Iklan

1) A Folk Solo Children: Tarian Zapin Kreatif - Tempat Pertama

2) A Folk Solo Junior: Tarian Overture Gesetasi - Tempat Pertama

3) A Folk Solo Senior: Tarian Inang Canggai - Tempat Pertama

4) A Folk Duo Junior: Tarian Joget Alun Si Awet Muda - Tempat Pertama

5) A Folk Duo Senior: Tarian Zapin Ragaman - Grand Prix

6) A Folk Small Group: Tarian Borneo Kreatif - Tempat Pertama

7) A Folk Group Junior: Tarian Rakyat Perahu Kayuh - Tempat Pertama

8) A Folk Group Senior: Tarian Kuda Pasu - Tempat Pertama

9) A Folk Group Ensembles: Tarian Silat - Tempat Pertama

10) Persembahan selingan istimewa lagu Lemak Manis yang diketuai Guru Adiwira KPM, Cikgu Mohamad Khamidon Sadi.