Pakar UPM kongsi kepentingan alam sekitar

Iklan
Kepentingan menjaga alam sekitar perlu didedahkan kepada semua komuniti di negara ini. Gambar kecil: Zelina.

Masyarakat perlu menghargai alam sekitar demi kesejahteraan perubahan iklim negara yang kini sedang mengalami keadaan panas melampau.

Pakar Alam Sekitar, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zelina Zaiton Ibrahim berkata, pendidikan awal mengenai kepentingan menjaga alam sekitar memainkan peranana dalam mengubah pemikiran masyarakat.

Iklan
Iklan

"Pengalaman ketika mengadakan lawatan kerja di Australia, saya mendapati di peringkat sekolah, mereka telah mengubah kurikulum pengajaran dengan memberi penekanan kepada pengajian biologi (kaji hayat).

"Ini secara langsung telah memberi kesedaran dan minat awal kepada kanak-kanak untuk menghargai persekitaran semula jadi dan contoh ini boleh diadaptasi serta disesuaikan mengikut acuan kita,” ujarnya.

Iklan

Kata beliau, faktor pembangunan yang berlaku di bandar terutamanya turut memainkan peranan dalam memastikan mengekalkan kawasan hijau yang boleh dinikmati oleh orang awam.

"Tidak dinafikan pembangunan adalah keperluan negara namun mungkin perlu diipertimbangkan dengan pemilihan model pembangunan yang bersesuaian sejajar dengan budaya dan memerhatikan kesinambungan manusia serta alamnya,” ujarnya lagi.

Iklan

Beliau turut kongsikan pandangan berkenaan insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang berlaku baru-baru ini, perlu diberi perhatian dengan perubahan iklim semasa ekstrem yang menyebabkan kejadian hujan ribut luar biasa.

"Kejadian hujan ribut ini adalah satu trend yang dijangkakan akan berlaku dalam satu jangka masa lama dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan serta pengurusan risiko adalah amat penting disesuaikan dengan keadaan semasa,” katanya.