Politeknik Kota Bharu catat kebolehpasaran graduan lebih 95 peratus

Iklan
Kebolehpasaran graduan PKB pada tahun 2020 adalah sebanyak 97.2 peratus, meningkat kepada 95 peratus (2021) dan 98.3 peratus (2022).

Politeknik Kota Bharu (PKB) mencatatkan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melebihi 95 peratus untuk tempoh tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2020.

Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail berkata, kebolehpasaran graduan PKB pada tahun 2020 adalah sebanyak 97.2 peratus, meningkat kepada 95 peratus (2021) dan 98.3 peratus (2022).

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kejayaan ini merupakan pencapaian besar kerana mampu mengekalkan peratus kebolehpasaran graduan nasional dalam kelompok tertinggi berbanding institusi TVET di 12 kementerian lain bernaung di bawah Majlis TVET Negara (MTVET).

"Kita harap kejayaan ini akan mendorong lebih ramai pelajar menyambung pelajaran di PKB dalam usaha kita meningkatkan graduan TVET yang akan menyumbang khidmat kepada negara," katanya pada Program Penutup Karnival TVET 2024 @ POLYCC Zon Kelantan Terengganu di sini.

Iklan

Mohd Fikri yang juga Pengerusi POLYCC Zon Kelantan dan Terengganu berkata 900,000 graduan TVET dari seluruh politeknik telah dihasilkan dalam tempoh 55 tahun penubuhannya.

"Dalam konteks PKB kita sasarkan 1,600 pelajar akan menyambung pengajian di institusi ini bagi kemasukan Julai depan," katanya. - Bernama

Iklan