Prestasi hebat atlet pelajar negara!

Iklan
Antara aksi atlet pelajar sepak takraw ketika perlawanan persahabatan dengan skuad wanita.

Keyakinan sepak takraw Malaysia untuk raih kejayaan kelak

"Walaupun pasukan sepak takraw Malaysia berada di tangga kedua selepas Thailand, tetapi saya percaya dengan galakan, dorongan dan latihan berterusan kita juga mampu untuk mengalahkan negara jiran itu suatu hari nanti.”

Izwan

Itu antara ungkapan penuh bersemangat yang dilontarkan oleh jurulatih sepak takraw Sekolah Sukan Bukit Jalil, Izwan Abdul Latif ketika ditemui Sinar Bestari, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, latihan serta kejohanan di Thailand sudah bergerak pantas dan pasukan negara sedang berusaha untuk mengikuti jejak langkah itu demi memastikan pemain boleh berdiri sama hebat dengan negara gajah putih berkenaan.

Pelbagai program telah dibuat sama ada di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) bagi memberi galakan dan memperkenalkan sukan ini kepada pelajar bermula daripada umur 10 hingga 11 tahun.

Tiga orang atlet pelajar sepak takraw sedang memanaskan badan bagi sesi latihan.

Iklan

"Kini, kita sudah ada Pusat Latihan Daerah (PLD) di seluruh negara bagi sukan sepak takraw peringkat sekolah rendah.

"Setiap negeri ada 10 PLD, jadi secara keseluruhannya sebanyak 150 PLD yang mengadakan pelbagai jenis aktiviti. Contohnya pada tahun lepas, diadakan pertandingan sepak takraw diikuti dengan tahun ini iaitu klinik sepak takraw.

Iklan

"Ini adalah antara salah satu usaha untuk memberi galakan pelajar kita dengan sepak takraw, selain alternatif pencarian bakat serta pelapis baharu untuk skuad kebangsaan,” katanya.

Syarat lulus semua subjek

Sebagai jurulatih merangkap guru di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Izwan turut menegaskan tentang kepentingan pelajaran yang perlu diutamakan oleh semua atlet pelajar terutamanya mereka yang bakal berdepan peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Akui Izwan, beliau juga akan dipanggil oleh pengetua sekiranya terdapat mana-mana atlet pelajar yang tidak lulus sebarang subjek di sekolah.

Disebabkan itu katanya, para atlet pelajar di bawah jagaannya akan diberi pilihan untuk lulus semua subjek atau jika tidak mereka tidak akan dibawa keluar untuk sebarang perlawanan.

"Di sekolah ini, aktiviti mereka bermula seawal 6.45 pagi hingga 8 pagi bagi sesi riadah dan jam 9 pagi pula, mereka akan masuk kelas belajar seperti biasa.

"Bermula jam 4 hingga 7 petang, barulah mereka akan turun untuk sesi latihan dan malam pula, akan ada kelas tambahan terutamanya yang bakal mengambil SPM.

"Mereka ini sebenarnya paling risau kalau tak dapat keluar bertanding. Jadi saya sebagai jurulatih, boleh lihat usaha mereka untuk cemerlang sama ada dalam pelajaran atau sukan,” jelasnya lagi.

Ketinggian pemain ciri utama

Sementara itu, seorang lagi jurulatih sukan sepak takraw, Ahmad Jais Baharun berkata, kriteria pemain bukan sahaja dilihat dari aspek disiplin tetapi turut menekankan bentuk fizikal mereka.

Ahmad Jais

Tekong emas Sukan Asia 1994 itu memberitahu, ketinggian antara faktor penting apatah lagi bagi pemain yang berada di posisi tekong.

"Untuk posisi tekong, tinggi sekurang-kurangnya 170 sentimeter (sm) adalah perlu untuk pemain itu melalukan sepak mula atau serve.

"Bagi dua posisi lain iaitu apit kanan dan kiri pula memerlukan pemain yang tangkas untuk menghalang bola yang disepak pasukan lawan,”ujarnya.

Ahmad Jais (tengah) sedang menunjukkan teknik terbaik bermain sepak takraw kepada atlet pelajarnya.

Ditanya mengenai pendapat tentang kerisauan ibu bapa sekiranya anak-anak bergiat aktif dalam bidang sukan, Ahmad Jais berpendapat, mereka tidak perlu khuatir.

Ini kerana, katanya, setiap atlet pelajar khususnya yang berdisiplin tahu bagaimana cara membahagi masa antara pelajaran dan latihan.

"Apatah lagi sekiranya mereka ini cemerlang dalam kedua-duanya, peluang mendapatkan pekerjaan serta masa depan yang lebih cerah pasti senang untuk dicapai,” jelasnya.