Johor dominasi kejohanan catur peringkat sekolah

Iklan
Barisan pemenang bagi Kejohanan Catur Piala YB Dato' Mohd Isam Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin Peringkat Negeri Sembilan 2024.

Dua sekolah dari Johor menjuarai Kejohanan Catur Piala YB Dato’ Mohd Isam Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin Peringkat Negeri Sembilan 2024.

Khoir Zhi Chong dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail muncul sebagai johan kategori Sekolah Menengah, dan naib johan disandang oleh Dhivyeesh Balakrishnan dari SMK Penggawa Timur, Selangor.

Iklan
Iklan

Bagi peringkat sekolah rendah, johan disandang oleh Jason Ng Hun Kai dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tiram, Johor, sementara Firash Haiqal Mohd Firdaus dari SRAI Seksyen 19, Shah Alam Selangor muncul sebagai naib johan.

Pertandingan julung kali dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Air Kuning Selatan, Gemencheh, Negeri Sembilan dengan kerjasama SMK Dato’ Mohd Taha.

Iklan

Seramai 252 peserta dari Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memeriahkan kejohanan tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam, kejohanan itu bakal dijadikan sebagai acara tahunan dengan menawarkan lebih banyak hadiah menarik kepada peserta.

Iklan

Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SK Air Kuning Selatan kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini.

Ketua Penganjur yang juga merupakan Guru Besar SK Air Kuning Selatan, Ahmad Nizam Dzulkifli berkata, kejohanan sebegini bukan sahaja penting bagi memberi persediaan kepada peserta untuk ke kejohanan MSSD, malah membantu dalam pemarkahan PAJSK.

"Ribuan tahniah dan syabas buat semua guru SK Air Kuning Selatan yang bertungkus-lumus bagi memastikan kejohanan ini dapat dijalankan dengan lancar," katanya lagi.

Ucapan terima kasih juga buat SMK Dato' Mohd Taha atas kerjasama ini serta barisan arbiters yang diketuai Cikgu Kathirasan Vitanathan yang berjaya menguruskan kejohanan dengan teratur.

Tidak dilupakan juga barisan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Air Kuning Selatan yang diketuai oleh Pengerusinya, Azizul Md Aris atas sokongan padu kepada pihak sekolah dalam menjayakan kejohanan ini dan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin atas khidmat nasihat dan tunjuk ajar tentang pengurusan kejohanan.

"Dengan sokongan daripada pihak YB telah menyuntik semangat bagi kami untuk berusaha dengan lebih baik lagi bagi kejohanan yang akan datang," ujar beliau