Kor Sispa UTHM harumkan nama universiti

Iklan
Tahniah Kor Sispa UTHM atas kejayaan yang diraih dalam IPT Civil Defence Skills Challenge Peringkat Kebangsaan 2024.

Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Kor Sispa UTHM) berjaya mengungguli tempat ketiga ketika menyertai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Civil Defence Skills Challenge Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Pasukan, Staf Muda (PA) Muhammad Arif Asyraf Mohd Zainuddin menzahirkan rasa syukur atas pencapaian kontinjen Kor Sispa UTHM dalam pertandingan itu.

Iklan
Iklan

"Pencapaian edisi kali ini adalah berkat semangat berpasukan yang tinggi dan komitmen semua pihak khususnya Jurulatih dan Pegawai Kadet Sispa,” katanya.

Dalam masa sama, beliau yang mewakili kontinjen turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kor Sispa UTHM atas segala sokongan dan semangat yang diberikan sepanjang pertandingan berlangsung.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr Shahruddin Mahzan @ Mohd Zin merangkap Komandan Kor Sispa UTHM turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen dan berharap pasukan itu mampu mengekalkan pencapaian cemerlang pada pertandingan akan datang.

Sebelum itu, Kontinjen Kor Sispa UTHM terdiri daripada 11 Pegawai Pengiring dan 14 Pegawai Kadet yang diketuai Leftenan (PA) Davies Anak Gendum selaku Chef De Mission.

Iklan

IPT Civil Defence Skills Challenge Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 anjuran Kor Sispa USM turut disertai tujuh institusi lain seluruh Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Politeknik Kota Bharu, Kelantan dan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang.