Yayasan Bank Rakyat cungkil bakat muda melalui teknologi robotik

Iklan
Ab Rauf merasmikan pelancaran Program Future Tech sambil disaksikan Syaiful di MITC Hotel Ayer Keroh.

Dunia pendidikan semakin mencabar terutama dalam era digital hari ini.

Berikutan itu, setiap pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu kemahiran supaya mereka boleh mengenali kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dalam skil dipelajari.

Iklan
Iklan

Terbaharu, seramai 270 pelajar dan 20 guru sekitar Melaka telah menyertai Program Future Tech tajaan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalam usaha meningkatkan kemahiran asas robotik dan mengingtegrasikan teknik pengaturcaraan melalui konsep tenaga lestari.

Program yang dijalankan selama tiga hari dua malam itu bertujuan meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kecekapan terhadap pengaturcaraan, mengaplikasikan kemahiran Computational Thinking dan Internet of Things melalui modul robotik, dron dan solar.

Iklan

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merakam ucapan terima kasih kepada pihak YBR kerana menaja program pendidikan teknologi digital tersebut.

"Diharapkan ia akan menjadi pemangkin transformasi masyarakat luar bandar ke arah teknologi.

Iklan

"Selain itu, saya juga berharap lebih banyak program sebegini dapat dilaksanakan di mana ia sekali gus dapat memberi impak kepada dunia digital terumanya di Malaysia,” katanya ketika merasmikan program tersebut di MITC Hotel Ayer Keroh, Melaka.

Hadir sama, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Mohd Ghazali Ahmad.

Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, program Future Tech merupakan bukti YBR amat menitikberatkan pendidikan bagi mewujudkan modal insan yang berdaya saing.

Ujarnya, program berunsurkan robotik ini amat bersesuaian dengan perubahan teknologi yang semakin berkembang pesat, selaras dengan revolusi industri 4.0 negara.

"Program yang melibatkan pendidikan digital harus didedahkan kepada pelajar seawal sekolah rendah bagi memastikan penguasaan ilmu berteraskan digital dapat dimaksimumkan.

"Menerusi program ini, diharapkan pelajar-pelajar mendapat sedikit pendedahan penggunaan Artificial Intelligence (AI) serta menambah minat mereka dalam pengaturcaraan robotik, dron dan solar," ujarnya.

Kata Syaiful, dengan kerjasama bersama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), program tersebut juga dapat memberi kesan positif terhadap penyertaan pelajar dalam mempelajari dan mendalami arena robotik.

Dalam pada itu, YBR turut mengadakan pelancaran Program Tuisyen Rakyat negeri Melaka membabitkan 10 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini dengan kerjasama JPN Melaka.

"Usaha ini bagi membantu pelajar kurang berkemampuan yang berada di sekolah di kawasan luar bandar dan sekolah yang mempunyai ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan kelas tambahan secara percuma sebagai persiapan menduduki peperiksaan.

"Program Tuisyen Rakyat berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000 dan melibatkan 10 sekolah sekitar Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin,” ujarnya.