Aktif sebagai pemain bola sepak bagi kelab Kuala Lumpur Youth Soccer serta pelajar yang perlu berdepan dengan peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mengangkat Syed Arif Solahuddin Syed Muhammad sebagai salah seorang penerima keputusan cemerlang peperiksaan itu.
Dia yang baharu pulang dari Sweden dan Denmark, Julai lalu, bagi perlawanan bola sepak mendapat keputusan 5A bagi SPM 2023 yang dikeluarkan pada Isnin.
"Alhamdulillah, perasaan saya ketika ini bercampur-baur. Saya sememangnya tidak menyangka dapat keputusan cemerlang ini.
"Walaupun ada sesetengah subjek yang saya rasa boleh dapat A tetapi tidak, namun dengan keputusan ini, amat bersyukur,” katanya.
Ditanya mengenai penglibatannya dalam sukan bola sepak, Syed Arif memberitahu, dia sudah bermain sejak berusia lima tahun meskipun tidak secara aktif.
"Ketika masuk Tingkatan Empat, baharu saya aktif semula dalam sukan bola sepak sebab minat yang mendalam dan cuba ambil sahaja peluang bermain untuk mana-mana anjuran,” ujarnya.
Meskipun penat dalam membahagi masa antara pelajaran dan sukan, Syed Arif memaklumkan, ia perlulah seiring dengan disiplin agar dapat mencapai keputusan cemerlang dalam kedua-dua bidang.
Justeru, katanya dia akan mengulang kaji pada waktu malam kerana waktu itu paling efektif untuknya dan menggunakan masa di sebelah petang untuk sesi latihan bola sepak.
Dia juga memasang cita-cita untuk menyambung pelajaran ke luar negara selain turut mengimpikan bermain bola sehingga ke peringkat luar negara.