Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambil perhatian akan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir atau tidak hadir menduduki peperiksaan terbabit.
Menterinya, Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan berkata, langkah segera akan diambil KPM termasuklah membuat pengesanan calon yang tercicir dan memberi peluang untuk mereka mendaftar bagi menduduki peperiksaan secara ulangan.
"Intervensi ini telah dilaksanakan pada tahun lalu dan berjaya membuahkan hasil yang positif.
"Ini dapat dilihat menerusi jumlah calon yang tidak menduduki peperiksaan telah berjaya dikurangkan sebanyak 1.2 peratus berbanding tahun lalu.
"Pencapaian ini adalah hasil intervensi yang dilaksanakan di setiap peringkat melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah,” katanya.
Beliau turut sempat mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2023, guru dan seluruh warga KPM yang telah berusaha keras dalam memastikan peningkatan prestasi secara keseluruhan.
Seramai 11,713 calon telah berjaya memperoleh gred semua A, sekali gus menunjukkan keputusan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.