Memegang teguh nasihat arwah bapa supaya tidak mengetepikan pelajaran membuatkan seorang pekerja kedai makan tekad untuk mencipta kejayaan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didudukinya tahun lalu.
Said Syazwan Said Rosnizam, 18, diumum antara pelajar terbaik selepas memperoleh keputusan 9A dalam SPM.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang itu berkata, kehilangan bapanya, Said Rosnizam Said Rahamat akibat jangkitan kuman sejak dua tahun lalu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar.
Malah menurutnya, kepayahan ibunya, Shahiza Nijat, 46, yang menjadi ketua keluarga dengan bekerja sebagai kerani di sebuah bengkel kereta menjadi inspirasi untuk terus meraih keputusan cemerlang.
"Bila dapat keputusan, saya terus teringat arwah ayah, sedih sebab sewaktu masih hidup ayah banyak bagi motivasi dan inspirasi untuk teruskan belajar.
"Arwah ayah pun tahu saya dulu banyak main, tapi (pesanannya) suruh saya fokus waktu belajar dalam kelas. Kini saya bangga kerana dapat banggakan mereka," katanya ketika ditemui di Warung Nasi Kukus Mazenah, Jalan Teluk Sisek pada Isnin.
Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas antara rahsia kejayaan, selain bijak membahagikan masa.
Said Syazwan berkata, dia memperuntukkan masa dua jam sehari bagi mengulangi kaji di rumah.
"Di rumah saya kurang belajar, lebih banyak masa bermain dan bersama keluarga namun, bila di sekolah saya selalu 100 peratus fokus kepada apa yang cikgu ajar.
"Saya juga akan terus bertanya kepada guru sekiranya tidak faham," katanya yang akan terus bekerja sebagai pekerja kedai makan sehingga menerima tawaran memasuki universiti.
Menjawab mengenai kursus yang dipohon, Said Syazwan berkata, Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di Universiti Malaysia Terengganu antara pilihan utamanya.
Ujarnya, pilihan itu dibuat kerana meminati mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.
"Saya bercita-cita mahu menjadi guru dan berharap impian ini tercapai," katanya.