Profesor termuda terima Anugerah Fellowship Naib Canselor

Iklan
Keistimewaan yang ada pada Mohd Basyaruddin membolehkan beliau diumum sebagai penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor kategori Anugerah Khas Akademia Putra.

Profesor termuda di Malaysia dalam bidang Sains tulen, Profesor Dr Mohd Basyaruddin Abdul Rahman, 36, diumum sebagai penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor kategori Anugerah Khas Akademia Putra pada Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP), Universiti Putra Malaysia (UPM) Selasa lalu.

Dikatakan, keseimbangan penyelidikan, pengajaran, jaringan komuniti dan kepimpinan dalam dan luar negara adalah rahsia Mohd Basyaruddin meraih pengiktirafan tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau yang kini menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM berkata, selain menjadi penyelidik, dia juga menyumbang ilmu dan tenaga sebagai pembimbing yang ingin melihat golongan muda terus maju ke hadapan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Namun kata anak kelahiran Pulau Pinang, perjalanan ini bukanlah hasil usahanya seorang sebaliknya ia datang daripada kerjasama ramai pihak.

Iklan

Untuk info, Anugerah Fellowship Naib Canselor bagi Anugerah Khas Akademia Putra merupakan pengiktirafan kepada staf yang menunjukkan kecemerlangan dan tahap pencapaian membanggakan dalam aspek pengajaran, penyelidikan, kepemimpinan dan sumbangan kepada masyarakat.

Selain anugerah terbaharu ini, Mohd Basyaruddin turut meraih pelbagai anugerah lain sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan.

Iklan

Antaranya dianugerahkan Saintis Cemerlang Malaysia, Outstanding Young Malaysian, Anugerah Paten Negara, Top Research Scientists Malaysia, Anugerah Pingat Emas ANALIS dan diiktiraf Saintis Muda daripada American Chemical Society.

Seterusnya, beliau pernah terpilih ke Lindau Nobel Laureate, menghadiri Forum Ekonomi Dunia, giat menjalankan kolaborasi dengan makmal terkemuka dunia termasuk Queen Mary University of London dan Harvard University, Amerika Syarikat serta banyak lagi.

Mengulas lanjut, anak bongsu daripada empat beradik ini berkata, dia nekad memberi pelbagai sumbangan dalam pembangunan akademik, penyelidikan dan polisi berkaitan sains.

Sumbangan berkenaan adalah bagi memastikan kajian teoritikal, simulasi dan sintesis berenzim bahan nano serta makromolekul berjaya diaplikasikan dalam industri kimia (ester lemak), makanan (peptida antibeku), perubatan (teranostik kanser paru-paru) dan pertanian (pengawalan kulat perosak).

Akhir sekali, Mohd Basyaruddin menitipkan pesanan kepada barisan penyelidik muda supaya sentiasa membaca demi menambahkan ilmu baharu dan menulislah agar pengetahuan itu dikongsikan kepada masyarakat di luar sana.

"Ikhlas semasa melakukan penyelidikan dan pengajaran. Jangan hanya ingin lakukan sesuatu perkara itu untuk mengejar pangkat dan juga memenangi anugerah,” ujarnya.