Mahasiswa lancar petisyen, bersolidariti bersama Palestin - MPPK

Iklan
Wan Amsyar (tengah) menyatakan sokongan terhadap Palestin semasa Himpunan Solidariti Perdana Siswa Malaysia bersama Palestin di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada Jumaat.

Pekarangan Masjid Sultan Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini bergema dengan laungan Mahasiswa Bersama Palestin oleh wakil-wakil institusi pendidikan.

Peserta himpunan tersebut mula berkumpul di lokasi berkenaan kira-kira pada 2.15 petang selepas solat Jumaat.

Iklan
Iklan

Ia dimulakan dengan ucapan oleh Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Wan Amsyar Hadie.

Beliau berkata, petisyen menyatakan sokongan mahasiswa kepada rakyat Palestin dilancarkan supaya suara-suara mereka didengar di seluruh dunia.

Iklan

Menurutnya, ia akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat untuk menyuarakan luahan kesal atas tindakan kejam mereka kepada Palestin.

"Petisyen tersebut bermotifkan untuk Amerika Syarikat (AS) supaya ke belakang atau berundur dan tidak berbuat apa-apa.

Iklan

"Jangan gunakan kuasa veto dalam menggagalkan sebarang usaha-usaha mengiktiraf dan menyokong usaha menubuhkan sebuah kerajaan atau negara Palestin,” katanya semasa Himpunan Solidariti Perdana Siswa Malaysia bersama Palestin di Pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada Jumaat.

Hadir sama wakil-wakil universiti lain di pekarangan masjid berkenaan antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan banyak lagi.

Tambah Wan Amsyar, sebanyak 27 universiti yang turut menjalankan himpunan solidariti tersebut di kampus masing-masing

Ujarnya, inisiatif berkenaan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia terutama mahasiswa berdiri di belakang negara berdarah itu.

"Kami pelajar dari Malaysia akan berdiri bersama Palestin, kami mahu genosid dihentikan serta merta.

"Himpunan ini tidak akan dihentikan sampai setakat ini. Sokongan kepada rakyat Palestin diteruskan sampai bila-bila sehingga negara itu mencapai kemerdekaan,” tegasnya.