Peluang mahasiswa kenali budaya luar

Iklan
Global Summit of Excellence: Honoring Diplomacy, Embracing Diversity berjalan lancar dengan penglibatan dan kerjasama warga UiTM dan wakil dari negara luar.

Keunikan kepelbagaian budaya dari negara luar menarik perhatian Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Kediaman Melati, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor menganjurkan program Global Summit of Excellence: Honoring Diplomacy, Embracing Diversity.

Program yang diadakan selama dua hari di kampus berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada semua mahasiswa UiTM mengenai keistimewaan budaya beberapa negara antaranya China, Indonesia dan Nigeria.

Iklan
Iklan

Menerusi penganjuran ini, golongan penuntut bukan sahaja berpeluang menyelami budaya yang dibawa sebaliknya mereka juga dapat berkenalan dan berinteraksi dengan mahasiswa negara luar yang hadir sekali gus memupuk semangat persefahaman serta kerjasama di peringkat global.

Terdahulu, Global Summit of Excellence: Honoring Diplomacy, Embracing Diversity menyediakan beberapa acara menarik kepada warga kampus seperti sukan rakyat, forum kebudayaan, Cinematic Soiree, malam Serenade Seni, zumba, bengkel Bahasa Korea, ceramah pertukaran mahasiswa, pertunjukan fesyen dan malam kebudayaan.

Iklan

Sementara itu, Penolong Naib Canselor (Pengantarabangsaan) UiTM, Profesor Madya Datin Dr Norazida Mohamed berkata, universiti sangat menyokong usaha warganya dalam mengambil inisiatif mempromosikan kepelbagaian budaya antarabangsa dan diplomasi global.

Ujar beliau, program sebegini amat penting kepada mahasiswa bagi meluaskan ilmu pengetahuan dalam aspek budaya dan dapat mempertingkatkan visibiliti UiTM di peringkat antarabangsa.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian program itu baru-baru ini.

Hadir sama Pengetua Kolej Melati, Profesor Madya Dr Nor Aizam Adnan, barisan Staf Residen Kolej Melati, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Melati dan lebih 3,000 mahasiswa UiTM.

Norazida (tengah) menerima cenderamata selepas berakhirnya Global Summit of Excellence: Honoring Diplomacy, Embracing Diversity.