MTUN hubungkan pelajar berkebolehan dengan industri global

Iklan
Zambry (dua dari kiri), Massila (dua dari kanan) dan rakan strategik MTUN semasa perasmian program Malaysia-China Kaiwu Workshop.

Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menganjurkan MTUN Industry-Academia Discourse on Advanced TVET (MIAD) 2024 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tujuan program ini untuk mengadakan kerjasama dari pihak pendidikan tinggi TVET dan pihak industri profesional bagi melahirkan pelajar berkebolehan sepadan dengan kehendak industri global.

Iklan
Iklan

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa MTUN, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, program ini telah menyatukan kumpulan pakar dalam kalangan pemimpin, penggubal dasar, penyelidik dan industri dunia bagi menerokai pencorakan TVET termaju masa hadapan di peringkat antarabangsa.

"Program selama sehari ini dilengkapkan dengan pengisian hebat antaranya sesi ucap tama yang disampaikan oleh Pengarah Kanan Alibaba (China) Education & Technology Com Ltd, Zhang Lei,” ujar beliau.

Iklan

Menurut beliau, topik ucap tama pengarah kanan itu adalah Shaping Tomorrow: Unveiling Key Skills for the Future Workforce at the Intersection of Robotics, AI and TVET in Ali Baba Industry Success and Sustainability.

"Forum akademia pula dibarisi pakar dalam bidang TVET dari dalam kalangan ahli akademik dan industri yang mengupas tentang topik ‘Cross-Cultural Competence for a Globalized TVET Workforce: A Perspective," tambah beliau.

Iklan

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang serta hadir berkata, TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan perkembangan ekonomi.

Turut berlangsung majlis pelancaran MTUN Advanced TVET 2030, Malaysia-China Kaiwu Workshop dan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan rakan strategik MTUN.

Sesi pertukaran MoU dan MoA di majlis perasmian penutup tersebut.

Di samping itu, program seharian tersebut turut dimeriahkan dengan pameran penyelidikan dari MTUN yang menyerlahkan kecemerlangan projek-projek penyelidikan berlandaskan teknologi TVET terkini.

MIAD merupakan anjuran utama UTeM bersama dengan MTUN yang terdiri daripada UTeM, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Hadir sama ialah Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Ts Dr Zaliman Sauli dan Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ir Ts Dr Ruzairi Abdul Rahim.