Cabaran dan realiti bekas banduan - Ulasan mahasiswa UiTM

Iklan
Kumpulan mahasiswa UiTM yang terlibat dalam PaHATE.

Di sebalik tirai besi penjara, tersembunyi kisah-kisah pahit yang dialami oleh bekas banduan.

Walaupun mereka telah menjalani hukuman, realiti kehidupan selepas penjara membentuk haluan tersendiri.

Iklan
Iklan

Harapan untuk mendapat peluang kedua kini dipenuhi dengan cabaran ketika mereka terpinggir dalam kekangan masyarakat yang dipenuhi dengan prasangka dan kebencian.

Sungguh, mereka tidak menyangka betapa kejam dan kesatnya kata-kata yang mampu dilontarkan oleh seseorang.

Iklan

Di era globalisasi ini, kita cenderung menilai secara kritis terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Fenomena berkenaan tidak hanya berlaku di peringkat tempatan tetapi juga menyebar secara meluas di peringkat global.

Iklan

Hal ini menjadi isu yang sangat perlu diperbincangkan dan disebarkan kepada masyarakat di seluruh dunia.

Ketika dunia semakin terhubung melalui teknologi dan media sosial, penilaian terhadap bekas banduan atau individu yang terlibat dalam sistem keadilan jenayah seringkali menjadi mudah dan cepat.

Tanpa memahami latar belakang atau konteks yang sebenarnya, kita cenderung membuat kesimpulan yang terlalu mudah dan kadang-kadang tidak adil terhadap mereka.

Oleh itu, perlunya kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam bahawa isu ini tidak boleh dipandang enteng.

Penilaian yang terlalu tajam terhadap bekas banduan tidak hanya merosakkan individu tersebut secara emosional, tetapi juga menyumbang kepada sikap prasangka dan diskriminasi yang lebih meluas dalam masyarakat.

Pertanyaan yang muncul di sini adalah, adakah mereka dianggap bukan manusia sehingga layak diperlakukan sedemikian?

Ini adalah soalan yang perlu dipertimbangkan dengan serius.

Seperti kita, mereka juga manusia yang memiliki perasaan, impian dan hak asasi yang harus dihormati.

Setiap pukulan ucapan kebencian menambah beban psikologi dalam perjalanan mereka mencari keadilan, rehabilitasi dan penerimaan.

Ramai mungkin tidak sedar bahawa tekanan emosi dan masalah psikologi yang dialami oleh bekas banduan mungkin berlanjutan akibat dari ucapan kebencian yang tersebar luas.

Ucapan kebencian yang diterima melalui media sosial dan komunikasi seringkali mempengaruhi keadaan psikologi mereka dan meningkatkan risiko perbuatan radikal seperti bunuh diri.

Masyarakat perlu sedar menyebarkan ucapan kebencian terhadap bekas banduan adalah tindakan yang tidak bermoral dan seharusnya tidak dijadikan contoh yang diikuti.

Setiap individu pernah melakukan kesalahan dalam kehidupannya.

Maka, mengapa kita tidak bersedia memberikan kesempatan yang sama kepada mereka yang ingin peluang kedua?

Bukankah kita juga menghargai peluang untuk memperbaiki diri dan menjadi individu yang lebih baik?

Kita perlu ingat, meskipun telah melakukan kesalahan di masa lalu, bukan berarti mereka harus dihukum seumur hidup.

Oleh itu, mahasiswa MC242 program Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor telah mengambil kesempatan ini untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam tentang cabaran dan realiti yang dihadapi oleh bekas banduan.

Langkah ini bertujuan untuk membuka mata masyarakat tentang keadaan yang sering kali tidak difahami mereka sepenuhnya, terutamanya dalam konteks seringnya bekas banduan menjadi sasaran ucapan kebencian.

Inisiatif dilancarkan di Madrasah Khairul Insan (HATI) di Hulu Terengganu, Terengganu bertujuan menyedarkan masyarakat tentang bahaya ucapan yang dipenuhi dengan kebencian.

Program dikenali PaHATE, merujuk kepada konsep ‘pahit’ dan melibatkan penyertaan lelaki bekas penagih dadah dari pelbagai peringkat umur, bermula dari 17 hingga 65 tahun.

Melalui lensa kemanusiaan, adalah melalui sikap yang lebih berempati dan penghargaan terhadap hak asasi manusia mereka, kita boleh mengatasi sikap prejudis dan diskriminasi yang berakar dalam masyarakat kita.

Mari bersama-sama, warga siber, menyebarkan maklumat berkaitan dengan ucapan kebencian melalui platform media sosial (Instagram dan TikTok) @onesaidsociety.

Maklumat penulis

Mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Nur Najihah Azman

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my