Modul SUPERB, indikator terbaru tingkat kebolehpasaran graduan

Iklan
Pelancaran Modul SUPERB di Majlis Liqa’ Jama’ie baru-baru ini.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) melancarkan Modul SUPERB dalam Majlis Liqa’ Jama’ie di Dewan Utama, UCMI Kampus Batu Muda, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat UCMI, Modul SUPERB adalah modul pembangunan mahasiswa yang bertujuan memperkukuhkan pendekatan holistik, profesional dan kemanusiaan bagi membangunkan penuntut yang dinamik dan berkualiti sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Iklan
Iklan

Modul tersebut terdiri daripada lima prinsip utama merangkumi nilai Superior, Ummah-Professional, Excellence, Rabbani dan Budi yang berpaksikan tiga teras utama iaitu Holistik, Profesional dan Kemanusiaan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr Nurul Aliah Mustafa menekankan betapa pentingnya mahasiswa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Nurul Aliah

Iklan

"Modul SUPERB yang dibangunkan ini dapat meningkatkan pembangunan diri mahasiswa sejajar aspirasi KPT melahirkan mahasiswa serba boleh dan serba lengkap.

"Malah, modul ini juga menggabungjalin antara pencapaian akademik dan kokurikulum agar dapat melahirkan penuntut berdaya maju dan bertaraf global.

Iklan

"SUPERB juga beriltizam melahirkan graduan holistik yang mampu berfikir secara kritis, meneroka dan mewujudkan jaringan kerjasama serta memiliki profesionalisme sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan yang lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa,” ujarnya di Majlis Liqa’ Jama’ie.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UCMI, Datuk Profesor ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Taufiq (kiri) melengkapkan ejaan SUPERB.