UM bentuk akhlak anak yatim melalui al-Quran

Iklan
JiWA disertai 133 peserta PERKAYA yang berusia 13 hingga 15 tahun.

Program A Wonderful Journey with Al-Quran (JiWA) merupakan projek Service-Learning Malaysia - University for Society (SULAM) di bawah kursus IIL2019 Smart Al-Quran yang ditawarkan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Ia telah dilaksanakan oleh 49 mahasiswa Tahun Dua Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya (UM) kepada sekumpulan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PERKAYA) Marang, Terengganu.

Iklan
Iklan

Menurut Penyelaras Program, Dr Selamat Amir, JiWA disertai 133 peserta berusia 13 hingga 15 tahun.

Ujarnya, setiap aktiviti dilaksanakan dengan modul bagi mempelajari ilmu tajwid dan memperbaiki bacaan al-Quran secara praktikal.

Iklan

Malah, para peserta juga dipupuk kesedaran terhadap tanggungjawab kepada masyarakat melalui aspek muamalah dan interaksi serta pembangunan jati diri supaya mereka dapat mengamalkan qudwah hasanah dalam pembentukan akhlak.

Sementara itu, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar PERKAYA, Mat Riduan Harun berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif tersebut dan menasihati agar para peserta dapat menyantuni anak-anak yatim dengan akhlak mulia seperti yang dituntut dalam al-Quran.

Iklan

"Saya percaya, penglibatan mahasiswa UM bukan sahaja akan memastikan objektif program tercapai malah akan memberikan nilai tambah daripada segi pemantapan motivasi kepada anak-anak yatim untuk mencapai impian masing-masing,” ujarnya.