Malaysia-China meterai MoU teroka kerjasama bidang berpotensi

Iklan
Pertukaran MoU antara Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua dari kanan) dan Ouyan Yujing (dua dari kiri).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Duta Besar China ke Malaysia, TYT Ouyan Yujing telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh serta memperluas kerjasama sektor pendidikan tinggi sedia ada antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Pertukaran MoU tersebut adalah bersempena lawatan rasmi Premier Republik Rakyat China, TYT Li Qiang ke Malaysia bermula 18 hingga 20 Jun 2024 bersempena dengan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-Republik Rakyat China.

Iklan
Iklan

Turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, MoU tersebut bakal mengorak langkah penting sebagai platform bagi kedua-dua kerajaan memulakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JWG) membincangkan hala tuju kerjasama program pendidikan tinggi dua hala KL-Beijing.

MoU tersebut merangkumi pelbagai aspek kerjasama antaranya bidang STEM, TVET, teknologi maklumat, transformasi digital, dan kecerdasan buatan (AI).

Iklan

Ia juga akan menggalakkan kerjasama teknikal dalam beberapa bidang, termasuk teknologi pendidikan baharu dalam pendidikan tinggi; dasar pendidikan tinggi; penubuhan bersama Institut Penyelidikan Lanjutan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) kedua-dua negara; dan usaha ke arah melaksanakan pemindahan kredit dan program ijazah secara bersama.

Malah, ia turut meliputi perkongsian maklumat dan pertukaran kepakaran yang akan mendorong IPT tempatan terus bersaing dalam penawaran program pendidikan yang berkualiti bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia.

Iklan

Kerjasama pelbagai hala yang berterusan antara kedua-dua buah negara termasuk aspek pendidikan tinggi akan memberi prospek pertumbuhan ekonomi dan pelaburan berkualiti kepada rantau ini secara keseluruhan.

Melalui pemeteraian MoU dan pendekatan kolaboratif ini, kedua-dua buah negara berharap agar hubungan dan kerjasama yang lebih erat dapat diteruskan, sekali gus membuka peluang kepada Malaysia untuk terlibat secara langsung dalam pelbagai bentuk kerjasama sektor pendidikan tinggi dengan China yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.