UM bakal tawar kursus pakar kardiotorasik - Zambry

Iklan

Universiti Malaya (UM) dijangka menawarkan kursus latihan kepakaran kardiotorasik di institusi itu Oktober nanti.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sewaktu di Dewan Rakyat memaklumkan, ia bagi membolehkan graduan yang ingin mengikuti kursus berkenaan melanjutkan pelajaran di UM, yang dijangka turut ditawarkan oleh institusi lain selepas itu.

Iklan
Iklan

"... di peringkat kementerian (Kementerian Pendidikan Tinggi), kita cuba cari pendekatan terbaik bagaimana kita mahu selesaikan masalah ini. Jadi insya-ALLAH dalam tempoh yang terdekat, isu-isu seperti ini akan kita selesaikan dengan segera.

"Kita jangkakan pada Oktober nanti isu kursus berkaitan kardiotorasik ini akan dapat diselesaikan, maknanya ada laluan lain selain UiTM (Universiti Teknologi Mara), ada juga di universiti lain yang akan menawarkannya," katanya pada sesi soal jawab.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang untuk membolehkan institusi lain menawarkan kursus latihan pakar kardiotorasik bagi mengatasi isu kekurangan pakar kardiotorasik negara. - Bernama

Iklan