"Punca utama ribuan guru memilih untuk bersara awal sejak tiga tahun lalu disebabkan hilangnya minat untuk meneruskan kerjaya.”
Demikian kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat untuk soalan dikemukakan Khoo Poay Tiong (Pakatan Harapan (PH)-Kota Melaka) mengenai bilangan guru bersara pilihan serta punca persaraan mereka.
Ujar Fadhlina, keadaan itu (hilang minat) mewakili 72.36 peratus daripada 4,300 hingga 6,300 guru yang memilih untuk bersara awal bagi tempoh sama.
"Faktor keluarga juga dikenal pasti sebagai punca lain yang membabitkan 15.21 peratus daripada jumlah guru yang memilih untuk bersara awal.
"Selain itu, masalah kesihatan mewakili 6.96 peratus diikuti beban tugas (3.82 peratus) dan masalah peribadi (1.64 peratus),” jelasnya lagi.