PIMA: Sinar baharu untuk pelajar

Iklan

Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) dilaksanakan di beberapa sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang terpilih buat pelajar lepasan Tingkatan Tiga yang kurang berminat dalam bidang akademik dan cenderung ke arah kemahiran.

Ia terbuka kepada pelajar Tingkatan Empat yang berpeluang mengikuti program itu selama dua tahun dengan memilih mana-mana syarikat atau industri berdekatan sekolah sebagai tempat mempelajari bidang kemahiran.

Iklan
Iklan

Ia sebenarnya sudah lama diperkenalkan dan pelajar yang terlibat dalam program tersebut mempunyai beberapa pilihan sama ada menyambung pelajaran dalam kemahiran yang dipilih atau meneruskan pekerjaan.

Bagi memperjelaskan lagi tentang PIMA dan menarik minat mana-mana pelajar yang cenderung ke arah kemahiran, Sinar Bestari kongsikan keterlibatan sekolah serta cerita menarik daripada para pelajar yang sedang mengikuti program berkenaan sebagai rujukan.

Iklan

Jom kita teroka!

Iklan