IKM Lumut raih dua anugerah di Hari Anugerah Pendidik Mara

Iklan
Tahniah diucapkan kepada Mohd Fairuz dan seluruh warga IKM Lumut atas kejayaan gemilang ini.

Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, Perak lakar sejarah kerana berjaya merangkul dua anugerah berprestij di Hari Anugerah Pendidik Mara yang berlangsung di Hotel Premiera Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penolong Pegawai Latihan Vokasional IKM Lumut, Mohd Fairuz Hamdzah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pendidik Cemerlang Mara 2024 sekali gus menerima wang tunai RM500 sebagai penghargaan terhadap sumbangan dalam dunia pendidikan.

Iklan
Iklan

Di samping itu, IKM Lumut juga menerima Anugerah Institut Pendidikan Mara (IPMa) Terbaik 2024, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Hari Anugerah Pendidik Mara adalah acara tahunan bertujuan menghargai dan mengiktiraf jasa pendidik serta institusi pendidikan Mara yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam melahirkan modal insan berkualiti.

Iklan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir berkata, majlis itu adalah inisiatif Mara dalam memberi pengiktirafan terhadap pencapaian pendidik yang telah mencipta kecemerlangan untuk menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

Terdahulu, empat anugerah disampaikan pada majlis berkenaan iaitu Anugerah Pendidik Cemerlang Mara, Anugerah IPMa Terbaik, Anugerah Khas Pendidik Mara dan Anugerah Tokoh Pendidik Mara.

Iklan