Membanggakan, anak jati Tawau suarakan hak pendidikan di Amerika Syarikat!

Iklan
Dari Sabah Ke Nebraska, Anak Jati Tawau Ini Suarakan Hak Pendidikan Di Amerika Syarikat.

Mempunyai kemahiran serta keyakinan dalam melontarkan kata-kata dan pendapat tidak dimiliki oleh semua manusia terutamanya mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT).

Kebanyakkannya memilih untuk terus berdiam diri atau bersikap tidak ambil peduli menjadikan kemahiran komunikasi ini dipandang enteng dan seterusnya menggugat pemikiran kritis serta kreatif mereka.

Iklan
Iklan

Namun, lain pula ceritanya apabila seorang mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang baru-baru ini, apabila menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan kebolehan serta keyakinannya menyuarakan pendapat tentang Hak Pendidikan di luar negara.

Anak jati Tawau, Sabah, Winalda Basri Eko itu telah diberi kepercayaan serta peluang yang cukup berharga untuk menyertai program Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) Musim Bunga 2024 di Universiti Nebraska, Amerika Syarikat.

Iklan

Winalda yang mewakili universiti dalam mesyuarat Douglas Country of Nebraska, berkongsi pandangan aspirasi hidupnya, selain menyuarakan sokongan terhadap hak pendidikan untuk semua orang termasuklah kanak-kanak tanpa dokumen kewarganegaraan sah.

"Pendidikan sepatutnya boleh diakses oleh semua orang tidak kira status undang-undang kita,” tegasnya dalam satu hantaran di platform rangkaian profesional miliknya.

Iklan

Melalui perkara ini juga, dia percaya bahawa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan pendidikan berkualiti adalah keperluan akses yang harus diakses oleh semua orang tanpa mengira status undang-udang.

Pandangan Winalda ini membuktikan komitmennya terhadap keadilan sosial dan hak asasi manusia selain turut menjadikannya seorang pemimpin muda yang disegani.

Sedutan rakaman video Winalda menyuarakan pendapatnya telah tular di media sosial dan rata-ratanya berbangga akan pencapaian anak muda negara ini.