Sistem riba bawa kemelesetan ekonomi negara

Iklan
Sistem riba memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan seseorang individu. Gambar kecil: Siti Sumiyah Saripu

Sistem riba merujuk kepada praktik pemberian dan pengambilan faedah yang melibatkan pertambahan keuntungan secara tidak adil dalam transaksi kewangan.

Ini sering dikaitkan dengan pinjaman wang dengan kadar faedah yang tinggi dan sistem riba menjadi terlalu dominan dalam ekonomi sebuah negara.

Iklan
Iklan

Sistem riba telah memberi kesan yang buruk terhadap kehidupan seseorang individu.

Melalui sistem riba, kos sara hidup akan meningkat dan mengakibatkan kehidupan individu menjadi lebih susah.

Iklan

Sebagai contohnya, Jepun dan Amerika Syarikat telah mengamalkn sistem ini sehingga kedua negara berdepan dengan krisis kewangan yang teruk.

Bahkan sistem riba ini juga membuatkan orang yang mempunyai akses kepada modal atau wang untuk membayar faedah cenderung mendapat lebih banyak keuntungan sementara orang yang tidak mampu membayar faedah sering terperangkap dalam kemiskinan, sekali gus menyumbang kepada kesenjangan ekonomi yang semakin membesar antara golongan kaya dan miskin.

Iklan

Golongan muda turut mendapat kesan sampingan dalam mendapat pekerjaan kerana sesetengah syarikat berhadapan dengan kewangan dan hutang.

Justeru, golongan muda ini hanya diberikan pekerjaan secara kontrak oleh syarikat tersebut, tidak mampu menangani situasi yang berlaku sedemikian.

Ekoran daripada itu persaingan yang lebih sengit dalam kalangan pekerja muda berlaku.

Dengan kurangnya peluang pekerjaan golongan muda, mungkin perlu bersaing dengan pekerja yang lebih berpengalaman atau yang telah kehilangan pekerjaan akibat keadaan kewangan syarikat.

Syarikat yang berdepan dengan kewangan terpaksa memotong faedah dan kelebihan pekerjaan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos.

Hal ini boleh menjejaskan daya tarikan pekerjaan terutamanya bagi golongan muda yang mencari pekerjaan dengan faedah yang kompetitif dan peluang

Pembangunan professional

Selain itu, kesan riba boleh menyebabkan pengurangan pelaburan dalam pembangunan pekerjaan.

Syarikat yang berjuang dengan hutang mungkin tidak dapat melabur dalam pembangunan pekerjaan baru atau peluang latihan dan pembangunan untuk pekerja sedia ada.

Golongan muda yang baru memasuki pasaran tenaga kerja mungkin terjejas oleh kurangnya peluang untuk memperoleh kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk memajukan kerjaya mereka.

Maka dengan ini adalah penting bagi sistem perbankan negara untuk meningkatkan pelaburan berasaskan risiko dan bukannya tertumpu kepada menghasilkan keuntungan berasaskan produk melalui hutang atau sistem riba.

Seperti yang dinyatakan oleh pensyarah, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail, sistem yang berpusat pada keuntungan melalui hutang boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi dan memberi kesan kepada perbelanjaan sara hidup masyarakat.

Walau bagaimanapun, kerana bank akan sentiasa menerima pelanggan yang ingin membuat pinjaman dan membeli harta tanah, bank akan terus menggunakan sistem riba ini.

Oleh itu, pemikiran perlu diubah, terutamanya dalam kalangan remaja.

Dalam kes ini, golongan muda hanya memerlukan rumah sewa, bukannya harta tanah.

Menurut beliau, seperti di Amerika Syarikat, semua penduduk hanya menyewa kerana mereka tidak mampu untuk membeli rumah.

Kita tidak mahu menunggu keadaan sedemikian berlaku sebelum kita mengetahuinya.

Sistem riba sukar untuk diubah kerana sikap golongan muda pada masa kini.

Golongan muda terlalu mengikut hasrat dan kehendak diri sendiri untuk memiliki sesuatu yang mewah seperti kereta dan rumah yang mewah.

Untuk mengatasi masalah tersebut, kita perlu meyakinkan golongan muda agar mereka tidak terjebak dalam gejala hutang dengan membuat pinjaman bank untuk membeli harta tanah.

Golongan muda perlu menggunakan wang dengan bijak dan melabur untuk akiviti perniagaan.

Buku Till Debt Do Us Part boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sistem riba.

Buku ini juga mengupas sejarah industri kewangan khususnya sistem kewangan berasaskan hutang sejak abad ke-15.

Kewujudan sistem ini berulang kali membuktikan konflik politik dan sosial selain daripada ekonomi.

Secara kesimpulan, sistem riba ini boleh diubah jika sikap dan gaya hidup golongan muda berubah.

Selain itu, riba membawa banyak kesan yang buruk sehingga membawa kepada kemelesetan ekonomi negara yang serius.

Maklumat Penulis

1) Mahasiswa Tahun Akhir Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Siti Sumiyah Saripu Baharin

2) Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT, Jaharudin Padli

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my