CReATE platform serlah kreativiti pelajar MSU

Iklan
Mohd Shukri (lima dari kiri) bersama rakan-rakan industri bergambar selepas memeterai perjanjian bagi meningkatkan kreativiti pelajar MSU.

Industri kreatif merupakan antara penyumbang utama kepada sektor ekonomi negara termasuklah institusi pendidikan tinggi yang berperanan melahirkan modal insan berkualiti dan kompeten.

Management & Science University (MSU) memaklumkan, institusi itu melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA) telah menganjurkan edisi kelima Carnival of Arts and Tourism Engagement (CReATE) yang sebelum ini dikenali sebagai Hospitality and Creative Arts (HeARTS@MSU).

Iklan
Iklan

"Penganjuran karnival ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya SDG 3: kesihatan yang baik dan kesejahteraan, SDG 4: pendidikan berkualiti, SDG 11: bandar dan komuniti yang mampan dan SDG 17: kerjasama untuk tujuan,” menurutnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

MSU turut menjelaskan, CReATE merupakan platform yang mengetengahkan bakat dan kreativiti para pelajar pengurusan acara.

Iklan

"Seramai 59 pelajar telah terlibat secara langsung melalui penglibatan mereka membabitkan aspek perancangan dan 158 pelajar lain pula terbabit dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancangkan seperti MSU Young Chef Battlefield 2024.

"Ia disokong oleh Gastronomy Association Malaysia (GASTROM) dan World Platform of Islamic Culinary Societies (WICS); MSU Waiter Race 2024; Spa and Beauty Fest 2024; Battle of the Band; Skystyle Battle; SustainaStyle: The Future Fashion Show, a graduate project; seminars titled Understanding Black Box Technology: From Land to Sky; Wellness Unplugged from Spa to Society; Fashion Dialogue: Baju Melayu War; Executive Elegance Course by Spa and Beauty Fest; dan A Day with Marriott,” katanya.

Iklan

Hadir pada majlis perasmian program CReATE ialah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Naib Presiden Kanan Komunikasi dan Endowmen, Datuk Rosli Yusof; Naib Presiden Kanan Hubungan Industri dan Keusahawanan Professor, Dr Abdul Jalil Ghazali serta Dekan SHCA, Azizul Jamaludin.

Turut sama hadir ialah pengurusan kanan MSU, rakan industri, penaja dan pelajar.

Sementara itu, majlis pertukaran memorandum persefahaman di antara MSU dan rakan-rakan industri turut diadakan melibatkan DoubleTree by Hilton, Istana Budaya, Nano Textile, Nilai Springs Golf, Vertenz International, Kembara Sufi Travel and Tours, Travel Dynamic (M), Ascott Malaysia dan GASTROM.

Bagi menerapkan budaya 2G (giving and grateful), CReATE juga telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Yayasan MSU untuk digunakan membabitkan aktiviti-aktiviti kebajikan.