Bakat Bestari teroka minat, bakat pelajar

Iklan
SULAM: Bakat Bestari dapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar Tingkatan Tiga SMK Kubor Panjang.

Program Services Learning Malaysia-University for Society (SULAM): Bakat Bestari menyasarkan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubor Panjang, Kedah sebagai peserta program.

SULAM: Bakat Bestari yang dianjurkan pelajar kursus SCIM3013, Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia (UUM) bertujuan memperkenalkan konsep pengurusan artis kepada generasi muda, memberi pendedahan awal tentang industri hiburan dan pengurusan bakat.

Iklan
Iklan

Menurut Pengarah Program, Wan Ahmad Naim Wan Nordin, Bakat Bestari menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada para peserta seperti ‘ice breaking’ untuk mengeratkan hubungan antara fasilitator dan peserta, perkongsian ilmu mengenai pengurusan artis, latihan dalam kumpulan serta sesi pembentangan.

Selain itu, turut diadakan sesi wawancara bersama dua pempengaruh UUM iaitu mahasiswa Nur Syazwana Razali dan Hazlen Zazulia Zainal.

Iklan

Mengulas lanjut tentang industri hiburan dan media sosial, pensyarah subjek Pengurusan Artis, Dr Adzira Husain berkata, industri berkenaan kini semakin berkembang pesat dalam negara.

"Artis memainkan peranan dalam membentuk pandangan dan budaya masyarakat.

Iklan

"Dengan pendedahan awal kepada pengurusan artis, pelajar dapat mengenali peluang kerjaya dan mengembangkan bakat mereka secara lebih terarah dan beretika.

"Saya melihat, Bakat Bestari ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar, tetapi juga memberi pengalaman pembelajaran holistik kepada penuntut SCIMPA di mana mereka tidak hanya mempelajari teori dalam bilik kuliah tetapi juga mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam dunia sebenar,” ujarnya.

Sementara itu, wakil guru SMK Kubor Panjang, Cikgu Najah Abdul Ghani melahirkan rasa gembira dengan kedatangan pihak UUM ke sekolah tersebut.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya warga UUM.

"Saya mewakili sekolah amat berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai memberi inspirasi dan panduan kepada pelajar berkaitan sekali gus merapatkan hubungan komuniti dengan UUM,” ujarnya.