KPM sedang kemas kini garis panduan kemasukan guru BI dari Singapura

Iklan
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bercakap ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka Prospec KPMxFazura di Kuala Lumpur. Kredit foto: Bernama

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengemas kini garis panduan dan proses kemasukan sukarelawan guru Bahasa Inggeris dari Singapura.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, proses kemasukan sukarelawan guru berkenaan akan melibatkan hubungan diplomatik antara dua buah negara Malaysia dan Singapura.

Iklan
Iklan

"Ini adalah hubungan diplomatik yang cukup baik antara Malaysia dan Singapura. Kita sedang mengemas kini dari segi garis panduan, mekanisma menguruskan proses kemasukan sukarelawan guru-guru Bahasa Inggeris ke dalam negara.

"Ia juga bukan satu perkara yang asing dan kita telah laksanakan sebelum ini dengan Amerika Syarikat, Korea untuk Bahasa Korea dan negara-negara lain,” katanya ketika ditemui di Majlis pelancaran koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura pada Isnin.

Iklan

Fadhlina turut menambah, cadangan membawa masuk sukarelawan guru tersebut sebagai salah satu potensi untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di negara ini.

"Kita mengalu-alukan dan menyambut baik cadangan Singapura serta kenyataan Perdana Menteri.

Iklan

"Jadi saya fikir tidak sukar ia dilaksanakan malah kita alu-alukan kerana kepentingannnya bukan sahaja untuk diplomasi tetapi memberi kesan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan, ketika lawatan rasmi Perdana Menteri Singapura ke Malaysia membincangkan mengenai kemungkinan negara republik itu menghantar guru-guru untuk mengajar Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa tempat dalam negara.