Kolej Tingkatan Enam Premium akan dilaksana tahun depan

Iklan
Kerjasama silang kementerian bersama KPT itu adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan Tingkatan Enam.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan program Kolej Tingkatan Enam Premium yang dijangka bermula tahun hadapan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan program itu adalah dalam konteks kerjasama silang kementerian bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai usaha meningkatkan kualiti pendidikan Tingkatan Enam.

Iklan
Iklan

"Perbincangan dengan KPT kini sedang dijalankan dan diperhalusi. Pengumuman akan dibuat apabila semua peringkat penyelarasan telah selesai.

"Inisiatif ini bagi memastikan kedudukan, pencapaian, peranan serta sumbangan pelajar STPM dalam bidang-bidang lain dapat kita beri tumpuan,” katanya ketika sidang media Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan Malaysia University English Test (MUET) 2023.

Iklan

Fadhlina turut berkata, pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam itu antara usaha yang sedang dilakukan bagi menjaga kebajikan pelajar.

Katanya, cadangan pemberian elaun tersebut akan dimasukkan dan diangkat ke peringkat belanjawan pada tahun ini.

Iklan

Dalam pada itu, Fadhlina telah menyempurnakan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan MUET 2023 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada Selasa dengan menganugerahkan 17 pelajar terbaik dalam pelbagai kategori.

Fadhlina juga menambah, pihaknya sentiasa memberi tumpuan memperbaiki dan menjenamakan semula Tingkatan Enam agar menjadi pilihan utama khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ini adalah perkara-perkara yang mesti kita sentiasa berikan semangat kepada anak-anak kita khususnya lepasan SPM yang mana pengiktirafan ini sangat tinggi nilainya terutamanya apabila mereka mendapat keputusan cemerlang,” katanya.