130 pelajar STPM di Sabah cemerlang dengan PNGK 4.00

Iklan
Nurani Fauziah (tengah) dan Peto (enam dari kanan) bergambar bersama wakil sekolah dalam Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023 di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.

Seramai 130 atau 1.56 peratus calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di Sabah mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, jumlah itu telah meningkat seramai 55 calon iaitu daripada 75 calon tahun 2022 kepada 130 calon pada tahun 2023.

Iklan
Iklan

"Dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhan didapati bilangan calon dan peratusan longgokan calon STPM 2023 pada PNGK 3.75 dan ke atas ialah 459 calon atau 5.5 peratus.

"Bagi PNGK 3.00 dan ke atas ialah seramai 2,705 calon atau 32.6 peratus, PNGK 2.75 dan ke atas ialah 1,113 calon atau 13.42 peratus, dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 2,720 calon atau 32.81 peratus adalah meningkat berbanding tahun 2022," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang disampaikan timbalannya, Nurani Fauziah Derin pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2023 di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Menurut Raisin lagi, dengan penambahan bilangan calon pada PNGK itu maka boleh dijangkaan, tiada halangan mereka diterima masuk ke universiti awam pada tahun ini berbanding lepasan STPM tahun 2022.

Iklan

"Sebanyak 96.30 peratus atau 7,982 calon hadir menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semester STPM 2023 dan daripada jumlah itu, sebanyak 79.41 peratus atau 6,582 adalah calon kategori B40 manakala 20.59 peratus atau 1,707 calon bukan dalam kalangan B40," katanya.

Sebelum itu, Raisin turut berkongsi bagi PNGK Kebangsaan STPM 2023 telah meningkat sebanyak 0.02 mata berbanding tahun lalu iaitu dari 2.82 pada 2022 kepada 2.84 pada tahun 2023.

"Sebanyak lapan daripada 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menunjukkan pencapaian melepasi PNGK Kebangsaan 2.84 manakala 13 lagi PPD telah menunjukkan pencapain melepasi PNGK Negeri 2.76," katanya.

Sebelum itu, hadir sama Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Peto Galim.