Kembar seiras cemerlang pilih UniSZA sambung pengajian

Iklan
Nayli Ulya dan Nayli Uzma masing-masing berusia 18 tahun menjadikan UniSZA sebagai pilihan utama.

Pasangan kembar seiras yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih melanjutkan pengajian mereka di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi kemasukan sesi 2024/2025.

Nayli Ulya Mohd Shafie dan Nayli Uzma Mohd Shafie masing-masing berusia 18 tahun menjadikan UniSZA sebagai pilihan utama untuk menyambung pengajian di peringkat diploma.

Iklan
Iklan

Nayli Ulya berkata, meskipun dia dan pasangan kembarnya akan terpisah kerana berbeza program pengajian dan kampus namun ia tidak menjadi masalah walaupun mereka selalu bersama sejak kecil.

"Lagipun tiada masalah untuk kami berpisah buat sementara waktu demi menuntut ilmu dan mengejar kejayaan masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 di pekarangan Kolej Kediaman, UniSZA pada Selasa.

Iklan

Menurut Nayli Ulya, mereka juga mengikuti jejak ibunya, Norhazlim Md Razali yang juga merupakan alumni KUSZA dan kini bertugas sebagai guru Bahasa Arab di sebuah sekolah.

Seramai 1,015 pelajar baharu asasi dan diploma telah mendaftar di UniSZA dan akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula Selasa.

Iklan