Mahasiswa baharu mula mendaftar di UMS

Iklan
Anas Shafwan Muhammad Sobirim (dua dari kanan) berasal dari Rompin, Pahang hadir bersama keluarga pada hari pendaftaran UMS.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kumpulan pertama program Asasi Agrisains pada sesi pendaftaran mahasiswa baharu universiti itu.

Seramai 468 mahasiswa baharu mula mendaftar program Asasi di Universiti Malaysia Sabah tahun ini dengan pecahan 40 orang program Asasi Agrisains, 96 Asasi Teknologi Maklumat dan 332 Asasi Sains.

Iklan
Iklan

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor, penuntut baharu Asasi Agrisains akan meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda di Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan selepas tamat pengajian asasi kelak.

"Ini merupakan salah satu inisiatif UMS menambah penuntut dalam bidang pertanian sekali gus meningkatkan bilangan keperluan graduan dan tenaga kerja dalam sektor pertanian.

Iklan

"Pada masa kini, kampus UMS Sandakan mampu menampung 1,000 mahasiswa dalam satu masa. Maka dengan adanya program Asasi Agrisains ini, kita dapat meningkatkan jumlah penuntut bidang pertanian di kampus tersebut.

Kasim (tengah) bertemu penuntut baharu pada sesi pendaftaran program asasi UMS.

"Kami berbesar hati menerima mahasiswa bukan sahaja dari Sabah malah dari Sarawak dan Semenanjung untuk mengikuti program Asasi Sains di UMS,” ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir sesi ramah mesra bersama mahasiswa baharu program Asasi UMS, baru-baru ini.

Tambah Kasim, bagi penuntut program Asasi Sains dan Asasi Teknologi Maklumat pula, mereka akan melanjutkan pengajian menerusi program ditawarkan di fakulti-fakulti Sains UMS yang akan merancakkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

"Bidang STEM dan TVET amat penting masa kini. Justeru, UMS turut bersama-sama dengan kerajaan memastikan negara mampu melahirkan penuntut dan graduan unggul dalam bidang tersebut,” ujarnya.