MJM setuju kekalkan garis panduan sedia ada

Iklan
Kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Jumaat memaklumkan MJM cukup tegas mengenai isu penganjuran program dan penyaluran sumbangan sekolah.

Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) memutuskan untuk mengekalkan garis panduan aktiviti sumbangan sekolah seperti sedia ada.

Menurut MJM, perkara itu termasuklah hal-hal yang membabitkan larangan memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

Iklan
Iklan

Malah, mereka (Jemaah Menteri) turut menegaskan penganjuran aktiviti berkaitan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam.

Sementara itu, MJM turut mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan seperti mana yang telah diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.

Iklan