MSU, UTHM perkasa kerjasama pintar TVET, penyelidikan

Iklan
Mohd Shukri (dua dari kanan) dan Ruzairi (dua dari kiri) selepas menandatangani MoU dengan disaksikan Abdul Jalil (kanan) dan Naim Maslan.

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang berfokus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan termasuk pembangunan profesional.

Justeru, selaras dengan Dasar TVET Negara 2023, Management and Science University (MSU) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bermatlamat untuk memperkasakan bidang TVET dan penyelidikan.

Iklan
Iklan

MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama pintar awam-swasta ini khususnya di antara institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan awam (IPTA) telah menyediakan platform dan rangka kerja dalam memperkasakan perkongsian rentas disiplin antara MSU dan UTHM.

"Ia melibatkan bidang akademik, penyelidikan saintifik dan inovasi serta kerjasama industri-akademik membabitkan pertukaran maklumat, latihan pakar, bakat dan pelajar yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua institusi,” maklum kenyataan itu.

Iklan

MoU itu telah ditandatangani oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor UTHM, Professor Datuk Ir Ts Dr Ruzairi Abdul Rahim, disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Hubungan Industri dan Keusahawanan MSU, Profesor Dr Abdul Jalil Ghazali; Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM, Naim Maslan serta pengurusan kanan kedua-dua institusi.

Hadir sama ialah Naib Presiden Kanan Komunikasi dan Endowmen MSU, Datuk Rosli Yusof; Pengarah Malaysian Research Institute for Vocational Education and Training (MyRIVET) UTHM, Professor Dr Jailani Md Yunus serta pengurusan kanan kedua-dua institusi.

Iklan