Mahasiswa pintar Matematik layak ikuti Kelas Math 55

Iklan
Kelas Math 55 sering disertai ahli pasukan Olimpik Matematik Antarabangsa iaitu antara penuntut Matematik yang paling bijak di dunia.

Universiti luar negara sering menjadi dambaan para pelajar kerana faktor-faktor tertentu.

Antara sebab-sebab itu adalah standard akademik yang tinggi dan program ditawarkan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

Selain itu, universiti luar negara dikatakan mempunyai kemudahan penyelidikan canggih dan pelbagai peluang untuk penuntutnya terlibat dalam projek penyelidikan yang inovatif.

Salah satu universiti yang menjadi impian pelajar ialah Universiti Harvard iaitu universiti swasta yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Iklan

Universiti ini didirikan pada 8 September 1636 dan merupakan universiti tertua di Amerika Syarikat.

Awalnya universiti ini dipanggil New College. Kemudian,ia dinamakan semula menjadi Harvard College pada 13 Mac 1639 untuk menghormati penyumbang terbesarnya, John Harvard, seorang mantan mahasiswa Universiti Cambridge.

Iklan

Untuk makluman pembaca, syarat kemasukan ke Universiti Harvard amatlah sukar kerana mereka benar-benar mahu memastikan kualiti mahasiswa yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di dunia.

Ini dapat dibuktikan apabila lapan alumni mereka (Universiti Harvard) telah menjadi Presiden Amerika Syarikat seperti Barack Obama, Rutherford Hayes, George W Bush, John F Kennedy, Franklin Roosevelt, Theodore Roosevelt, John Quincy Adams dan John Adams.

Di universiti ini, terdapat sebuah kelas yang dikatakan paling susah hinggakan sebahagian penuntut terpaksa menarik diri kerana tidak mampu mengikuti sesi pembelajaran.

Kelas yang dipanggil Math 55 adalah kursus Matematik untuk mahasiswa Sarjana muda Tahun Satu yang diasaskan Lynn Loomis dan Shlomo Sternberg.

Kelas Math 55 sering disertai ahli pasukan Olimpik Matematik Antarabangsa iaitu antara penuntut Matematik yang paling bijak di dunia.

Dalam pengajian, para penuntut perlu menghasilkan 15 hingga 20 muka surat jawapan dan dinasihatkan tidak menunjukkan jalan kerja yang begitu banyak untuk memudahkan proses penandaan oleh pensyarah.

Setiap soalan mengambil masa antara 24 hingga 60 jam seminggu untuk diselesaikan.

Salah seorang profesor Universiti Harvard, Profesor Yum-Tong Siu berkata, pada peringkat awal, kelas Math 55 dihadiri 50 mahasiswa pada tahun 2003.

Kemudian, ia menurun kepada 25 orang sehinggalah beliau mengurangkan kepada 20 mahasiswa sahaja.

"Kami mahukan sekumpulan penuntut yang mempunyai latar belakang sama agar dapat meneruskan pada kadar yang sesuai supaya mereka tidak berasa bosan atau melampaui batas ketika belajar," katanya seperti dipetik dalam laporan The Harvard Independent.