Peluang sambung pengajian menerusi UPTM Edu Fair

Iklan
Shamsulkahar (lima dari kiri) di majlis pecah tanah penyerahan gelanggang petanque kepada MRSM Serting.

Fakulti Pengkomputeran & Multimedia (FCOM) dan Institute Graduate Studies (IGS), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menganjurkan UPTM Edu Fair: Empowering Nation Towards IR 5.0 dan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) Ahad lalu.

Program yang berlangsung di Dewan Gemilang, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, Negeri Sembilan bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat terutamanya di parlimen Jempol tentang kepentingan dan peluang pendidikan di UPTM.

Iklan
Iklan

Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara Sdn Bhd merangkap Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata, kolaborasi jangka panjang antara pihak universiti dan masyarakat Jempol diharapkan dapat diteruskan selain memberi pendedahan mengenai program pengajian yang ditawarkan di UPTM.

"Harapan saya agar program ini menjadi landasan maklumat kepada masyarakat Jempol untuk bersama-sama merasai kepentingan bidang teknologi dalam pasaran pekerjaan dan kehidupan seharian,” katanya yang menyempurnakan majlis perasmian penutup bagi program berkenaan.

Iklan

Dalam masa sama, simbolik majlis pecah tanah penyerahan gelanggang petanque kepada MRSM Serting turut disempurnakan semasa program berlangsung.

Sementara itu, UPTM turut mengadakan Knowledge Transfer Program (KTP) dalam program tersebut bagi meningkatkan kefahaman dan meningkatkan kesedaran ancaman penipuan dalam talian.

Iklan

Aktiviti lain seperti taklimat pemasaran daripada cawangan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), cabutan bertuah dan penyerahan surat tawaran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang layak menyambung pengajian di UPTM turut dijalankan.

Bagi memeriahkan program, beberapa buah sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol hadir antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Serting, SMK Batu Kikir dan MRSM Serting yang diwakili pelajar-pelajar Tingkatan Lima.

Masyarakat setempat yang terdiri daripada 36 buah tanah rancangan Felda tidak ketinggalan turut serta dalam program tersebut.