MyBrain 2.0 tawar penajaan peringkat Ijazah Sarjana, Ijazah Kedoktoran

Iklan
Program ini merupakan inisiatif KPT untuk membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat yang berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan.

Program penajaan MyBrain15 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diteruskan dengan MyBrain 2.0 bagi akses pendidikan lebih luas kepada rakyat Malaysia.

KPT dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, MyBrain 2.0 ini terbuka kepada rakyat tempatan yang layak bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Iklan
Iklan

Maklumnya, bagi fasa pertama, MyBrain 2.0 menyasarkan penerima dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi melanjutkan pengajian mereka di 20 universiti awam.

"Selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pelaksanaan MyBrain 2.0 akan memberi keutamaan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut selain bidang Sains Sosial serta Sastera Ikhtisas.

Iklan

"Penajaan MyBrain 2.0 merangkumi pembiayaan yuran pengajian dan elaun sara hidup.

"Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan merupakan satu daripada inisiatif kerajaan meringankan beban kewangan pelajar di samping melahirkan graduan yang mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi,” katanya.

Iklan

Sementara itu, permohonan untuk penajaan ini akan dibuka mulai 1 Ogos 2024 (Khamis) jam 3 petang sehingga 21 Ogos 2024 (Rabu), 11.59 malam secara atas talian melalui Sistem Permohonan MyBrain 2.0 di pautan: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2

Terdahulu, MyBrain 2.0 merupakan satu platform penting dalam menyokong pembangunan modal insan negara yang mempunyai daya intelek tinggi dan berupaya memacu kemajuan dari segi pemikiran, kerohanian serta material bagi merealisasikan gagasan Malaysia Madani.