12 tokoh pejuang kemerdekaan yang berjasa kepada negara

Iklan
Datuk Onn Ja’far (kiri) dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj (kanan) antara tokoh yang telah memberikan sumbangan amat besar kepada negara melalui usaha dan dedikasi mereka yang tidak mengenal penat lelah.

Perjuangan untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajah bukan semudah yang disangka.

Pelbagai rintangan dan cabaran perlu dilalui dalam membentuk dan menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, detik-detik pengisytiharan kemerdekaan akhirnya tercapai pada 31 Ogos 1957 dan ini menandakan berakhirnya zaman penjajahan.

Di sebalik kemerdekaan negara, sudah pasti ia diperjuangkan oleh tokoh-tokoh yang bijaksana dan hebat dalam bidang masing-masing.

Iklan

Siapa sebenarnya tokoh kemerdekaan yang dimaksudkan itu?

Di sini, Sinar Bestari kongsikan senarai nama pejuang kemerdekaan seperti dirujuk menerusi Buku Teks Sejarah Tahun 5.

Iklan

Jom kenali mereka!

1) Datuk Onn Ja’far

Pengerusi Kongres Melayu pada 1946.

Yang Dipertua pertama United Malays National Organisation (UMNO) pada 1946.

Pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

Menggerakkan orang Melayu untuk bersatu menentang penubuhan Malayan Union.

Pengasas Independence of Malaya Party (IMP).

2) Dr Burhanuddin Al-Helmi

Yang Dipertua kedua Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 1945.

Memimpin Parti Islam Se-Malaya (PAS) pada 1956.

Memperjuangkan Konsep Melayu Raya.

Memimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).

3) Ahmad Boestamam

Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) pada 1946.

Menubuhkan Parti Rakyat Malaya (PRM) 1955.

Menerbitkan akhbar Suara Rakyat dan Voice of the People.

4) Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Yang Dipertua kedua UMNO.

Pengasas Parti Perikatan pada 1952.

Mengetuai rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London 1956.

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

5) Ishak Haji Muhammad

Meletak jawatan sebagai Majistret Kelas III pada 1934 untuk bergiat aktif dalam politik.

Pengasas akhbar Utusan Melayu.

Memimpin Parti Buruh Malaya pada 1957.

6) Abu Bakar Al-Baair

Menubuhkan Maahad al-Ehya Assharif pada 1934.

Menganjurkan Persidangan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) 1948.

Mengetuai Hizbul Muslimin 1948.

7) Tun Tan Cheng Lock

Presiden All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 1945.

Presiden Malayan Chinese Association (MCA) yang pertama 1949.

Membawa MCA bergabung dengan UMNO dalam penubuhan Parti Perikatan.

Memupuk perasaan taat setia masyarakat Cina kepada negara.

8) Tun Abdul Razak Hussein

Ahli rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London.

Memperkenalkan Penyata Razak pada 1956.

Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama 1957.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

9) Datuk Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz

Menentang penubuhan Malayan Union.

Setiausaha UMNO yang pertama pada 1946.

Mewakili raja-raja Melayu dalam rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London 1956.

Menteri Besar Perak yang pertama.

10) Tun H S Lee

Mengetuai MCA Selangor pada 1949.

Pemimpin penggerak kerjasama UMNO-MCA.

Penggerak ke arah kerjasama antara kaum.

Ahli rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London 1956.

Menteri Kewangan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

11) Tun VT Sambanthan

Presiden Malayan Indian Congress (MIC) yang kelima pada 1955.

Menyertai rombongan kemerdekaan 1957.

Menteri Kesihatan Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

12) Tun Dr Ismail Abdul Rahman

Timbalan Yang Dipertua UMNO pada 1951.

Wakil UMNO untuk berunding dengan MCA bagi membentuk Parti Perikatan 1951 hingga 1952.

Sumber: Buku Teks Sejarah Tahun 5