Permohonan MRSM 2025 kini dibuka

Iklan
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi pautan: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Permohonan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Empat sesi 2025, kembali dibuka oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Mara memaklumkan, permohonan itu boleh diisi mulai 6 ogos hingga 6 September 2024.

Iklan
Iklan

"Kami (Mara) mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

"Kepada yang berminat, permohonan secara dalam talian boleh dilakukan menerusi pautan: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/,” catat Mara.

Iklan

Terdahulu, MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 55 MRSM di Malaysia di mana 48 buah di Semenanjung Malaysia dan tujuh lagi di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

Iklan

1) MRSM Alor Gajah, Melaka

2) MRSM Arau, Perlis

3) MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang

4) MRSM Batu Pahat, Johor

5) MRSM Beseri, Perlis

6) MRSM Besut, Terengganu

7) MRSM Betong, Sarawak

8) MRSM Baling, Kedah

9) MRSM Bentong, Pahang

10) MRSM Felda, Pahang

11) MRSM Gerik, Perak

12) MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan

13) MRSM Johor Bahru, Johor

14) MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang

15) MRSM Kuala Berang, Terengganu

16) MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan

17) MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor

18) MRSM Kubang Pasu, Kedah

19) MRSM Kuantan, Pahang

20) MRSM Kuching, Sarawak

21) MRSM Langkawi, Kedah

22) MRSM Lenggong, Perak

23) MRSM Melaka, Melaka

24) MRSM Merbok, Kedah

25) MRSM Muadzam Shah, Pahang

26) MRSM Muar, Johor

27) MRSM Mukah, Sarawak

28) MRSM Mersing, Johor

29) MRSM Pasir Salak, Perak

30) MRSM Pasir Tumboh, Kelantan

31) MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan

32) MRSM Pontian, Johor

33) MRSM Pulau Pinang, Pulau Pinang

34) MRSM Raja Melewar, Negeri Sembilan

35) MRSM Serting, Negeri Sembilan

36) MRSM Seremban, Negeri Sembilan

37) MRSM Sg. Besar, Selangor

38) MRSM Sultan Azlan Shah, Perak

39) MRSM Sultan Ismail, Kelantan

40) MRSM Sultan Mahmud, Terengganu

41) MRSM Taiping, Perak

42) MRSM Terendak, Melaka

43) MRSM Tun Abdul Razak, Pahang

44) MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka

45) MRSM Tun Ghazali Shafie, Pahang

46) MRSM Tun Hussein Onn, Johor

47) MRSM Tun Mustapha, Sabah

48) MRSM Ulul Albab, Melaka

49) MRSM Balingian, Sarawak

50) MRSM Kota Kinabalu, Sabah

51) MRSM Kota Putra, Terengganu

52) MRSM Sandakan, Sabah

53) MRSM Transkrian, Pulau Pinang

54) MRSM Premier, Johor Bahru

55) MRSM Sains Kuala Berang, Terengganu