Abdul Rashid dilantik Pro Canselor UTeM

Iklan
Penyampaian watikah pelantikan Abdul Rashid (kanan) sebagai Pro Canselor UTeM berkuat kuasa 1 Mei 2024 lalu sehingga 30 April 2027 telah disempurnakan Mohd Ali (kiri) selaku Canselor UTeM.

Tokoh korporat yang juga pengasas Kumpulan Perbankan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuat kuasa 1 Mei 2024 lalu sehingga 30 April 2027.

Menurut kenyataan UTeM, penyampaian watikah pelantikan Abdul Rashid telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selaku Canselor UTeM.

Iklan
Iklan

"Abdul Rashid merupakan pengasas Kumpulan RHB yang bermula sebagai syarikat broker saham Rashid Hussain Securities Sdn Bhd pada tahun 1983 sebelum mengembangkannya menjadi salah sebuah kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu terbesar di Malaysia.

"Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Pertama Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari 1994 hingga 1998 di samping telah mencurahkan khidmat sebagai Pengerusi Putrajaya Holdings dari 1995 hingga 2000.

Iklan

"Tokoh ini turut berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Malaysian Airline System Berhad dari 1993 hingga 1997 dan Cycle & Carriage Bintang Bhd (1993 hingga 2008),” kata kenyataan itu.

Sebagai ahli pengasas dan Pengerusi bagi Prime Minister of Malaysia’s Fellowship Exchange Foundation yang ditubuhkan pada 1993, Abdul Rashid telah memainkan peranan penting dalam memupuk budaya pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat merentasi semua bidang.

Iklan

Malah, beliau kini turut dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu bermula Disember 2023.