Fokus inovasi keusahawanan bangunkan negara

Iklan
Zambry (kiri) melihat batuan gunung berapi semasa melawat UMK, pada Khamis. Foto Ihsan UMK

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menekankan kepentingan inovasi dan keusahawanan dalam pembangunan negara.

"Melalui inisiatif penubuhan IEIC dan Great akan dapat memacu kemajuan ekonomi melalui penyelidikan, inovasi dan keusahawanan dalam negara.

Iklan
Iklan

"Kerajaan sentiasa menyokong usaha oleh UMK kerana selaras dengan visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya saing dan berinovasi,” katanya selepas merasmikan IEIC dan Great di UMK Kampus Jeli, Kelantan, pada Khamis.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Naib Canselor UMK, Datuk Profesor Dr Razli Che Razak.

Iklan

Dalam lawatan kerja tersebut, Zambry turut meluangkan masa selama 40 minit dalam Sesi Ramah Mesra Bersama 300 Pelajar Asasi dan Pensyarah Muda di UMK.

Sementara itu, Dr Razli berkata, penubuhan IEIC dan Great ialah bukti komitmen UMK untuk menjadi peneraju pendidikan dan penyelidikan keusahawanan serta inovasi.

Iklan

"IEIC menawarkan perkhidmatan makmal analisis berteknologi tinggi kepada industri produk makanan, produk herba dan produk agro selain inkubator perniagaan, kursus latihan dan bengkel yang direka untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan,” katanya.

"Great pula yang mula beroperasi pada Jun 2022 dilengkapi peralatan awal sampel, ujikaji dan menganalisa nadir bumi, emas serta mineral,” katanya.