Kem AMAR IPMa penjana pelajar berintegriti

Iklan
Majlis Amanah Rakyat (Mara) memandang serius usaha penghayatan budaya berintegriti dalam kalangan graduan dengan menyemai penerapan asas nilai diri yang kukuh untuk membenci rasuah.

Integriti adalah prinsip bernilai berdasarkan pegangan teguh kepada kejujuran dalam diri seseorang apabila diamanahkan sesuatu tanggungjawab.

Integriti yang tidak luntur dalam diri pelajar boleh dijadikan perisai untuk melindungi warga Malaysia dari barah rasuah.

Iklan
Iklan

Penerapan himpunan kualiti ini dihebahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara, Razlan Samsuri dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Penutup Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) IPMa Siri Tiga di Pusat Kepimpinan Pelajar (Puskep) Mara, Lenggong, baru-baru ini.

"Integriti bermaksud melakukan sesuatu perkara yang betul walaupun pada waktu tiada siapa melihat kita melakukannya.

Iklan

"Maka daripada takrifan tersebut, mudah bagi kita hadamkan bahawa integriti adalah merupakan elemen yang perlu dihayati oleh generasi muda sebagai bakal pemimpin negara”, ujar beliau.

Sesi ikrar semasa Majlis Perasmian Penutup Kem AMAR IPMa Siri Tiga.

Tambahnya, pelaksanaan Kem AMAR IPMa menggambarkan betapa pentingnya golongan pelajar diberikan pendedahan awal dan meningkatkan kefahaman kepada cabaran jenayah rasuah sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang lebih mencabar.

Iklan

"Program sebegini boleh dijadikan platform kepada anak muda untuk memberi pandangan dan jalan penyelesaian dalam membanteras rasuah, seterusnya dapat menyalur maklumat yang betul berhubung advokasi antirasuah,” katanya.

Aktiviti paku tergantung.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Nazli Rasyid Sulong, dan Ketua Unit Integriti Mara, Shuhaimi Man.

Kem IPMa AMAR kali ketiga ini adalah siri yang terakhir untuk tahun 2024 dan di jayakan bersama rakan strategik SPRM iaitu Telekom Malaysia dan Al-Ikhsan.

Untuk makluman, kem kali ini disertai 99 peserta pimpinan AMAR daripada 17 institusi Pendidikan Mara antaranya Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman (KKTM Kemaman), KKTM Kuantan, KKTM Pasir Mas, dan KKTM Balik Pulau.

Turut serta, wakil AMAR daripada Kolej Mara Kulim, Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahya Ahmad (IKM TSYA), IKM Lumut, IKM Beseri, IKM Sik, IKM Sungai Petani, IKM Besut, IKM Seberang Perai Utara.

Tidak ketinggalan, tiga wakil AMAR Kolej Poly-Tech (KPTM) Mara yang turut serta pada siri ini antaranya KPTM Alor Setar, KPTM Ipoh dan KPTM Kuantan manakala dua institusi lagi adalah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Malaysian Spanish Institute (MSI) serta UniKL Royal College of Medicine Perak (UniKL RSMP).

Aktiviti 'flying fox' di Puskep.


Aktiviti 'rock climbing'.


Aktiviti bina jati diri.