UiTM terima anugerah perkhidmatan cemerlang untuk OKU di META 2024

Iklan
Mustapha (dua dari kiri) menyampaikan anugerah di META 2024.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD) dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Outstanding Services and Support in Higher Education for Persons with Disabilities (PWD’s)’ di Malaysia Education & TVET Awards 2024 (META 2024), baru-baru ini.

Anugerah berprestij itu dianugerahkan kepada UiTM sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigih dan komitmen universiti dalam menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang cemerlang kepada pelajar OKU, staf OKU dan staf dengan tanggungan OKU.

Iklan
Iklan

UiTM melalui U-DServeD telah membuktikan komitmennya dalam mendukung inklusiviti dalam pendidikan tinggi, sekaligus menjadi contoh teladan dalam menyantuni komuniti OKU dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

Pengiktirafan itu juga merupakan satu pencapaian yang amat bermakna, terutama sekali secara kebetulan UiTM sedang meraikan sambutan tahun ke-25 sebagai sebuah universiti.

Iklan

Penghargaan itu semakin istimewa kerana ia juga bertepatan dengan ulang tahun kelima penubuhan Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU UiTM, yang dahulunya dikenali sebagai Unit Perkhidmatan OKU UiTM

Untuk makluman, META 2024 diadakan sebagai platform untuk mengiktiraf institusi pendidikan dan latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara, khususnya yang mempamerkan kepimpinan dan pencapaian cemerlang dalam industri.

Iklan

Sehubungan itu, majlis yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia Datuk Ts Mustapha Sakmud, yang turut menyampaikan anugerah tersebut.