UMT giat jalankan kempen demi alam sekitar

Iklan
Tiga mahasiswa membawa bekas makanan sendiri dalam usaha mengurangkan pencemaran plastik. Foto: UMT

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini giat menjalankan kempen larangan penggunaan bekas makanan plastik sekali guna dalam kalangan mahasiswanya.

Kempen itu diperkenalkan sebagai langkah untuk melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran plastik yang menjadi topik perbincangan hangat ketika ini.

Iklan
Iklan

Bagi menyokong pelaksanaan itu, Ketua Pusat Pengurusan Lestari UMT, Profesor Madya Dr Chia Poh Wai berkata, pihak universiti telah menyediakan alternatif iaitu menyediakan bekas makanan yang boleh digunakan semula serta menggalakkan warga kampus membawa bekas makanan sendiri ketika mengunjungi kafeteria.

Katanya, universiti juga mengadakan kempen kesedaran bagi mendidik penuntut dan staf tentang kepentingan mengurangkan penggunaan plastik serta implikasi negatifnya terhadap alam sekitar.

Foto: UMT

Iklan

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Ts Dr Mohd Zamri Ibrahim menyifatkan, kempen itu adalah sebahagian daripada komitmen universiti untuk menyokong Agenda Pembangunan Lestari 2030 yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Larangan (bekas makanan sekali guna) ini bukan sahaja melibatkan kafeteria di universiti tetapi juga akan diperkenalkan dalam seluruh acara dan aktiviti yang diadakan di kampus.

Iklan

"Ia bukan sahaja untuk kebaikan mahasiswa sekarang tetapi juga demi generasi akan datang,” tuturnya.